Tombi & Rimau

img_25111

Sempena cuti Hari Raya Haji ritu Tombi ngan Rimau kena duk hotel, sebabnya papa ngan mama nak balik kampong.So, dengan tanpa kerelaan Tombi ngan Rimau terpaksa la duk hotel momy ni..tapi best kat sini  ramai kawan-kawan.Semuanya ‘mengiow’ macam kitaorang jugak…hahahaha

7 hari kitaorang kat sini, semalam kitaorang dah balik..momy siap mandikan kitaorang lagi, papa nak kitaorang Wangi-Wangi time papa amik nanti.Jadi momy pun mandikan kitaorang sempat jugak la main ngan buih-buih sabun.

Kawan-kawan boleh la time cuti nanti cakap ngan mak ayah korang check in kat Hotel momy ni..best! boleh call atau wssap momy untuk pertanyaan >> 0192597885

Putih dah mandi

Alhamdulillah rezeki hari ini…

Grooming si Putih, manja sangat-sangat.Putih datang dari Kg Kempadang, Kuantan untuk mandi kedai momy.Si Putih first time hantar Grooming, agak payah jugak nak mandikan die ni, bising hahaha..maklumlah tak pernah kena mandi.

Ada yang berminat untuk join grooming dengan kami boleh la buat tempahan sekarang, harga masih lagi RM25  sahaja.

Basic Grooming – RM25

Fungus – RM5

Flea & Ticks – RM5

Urusniaga : 10.30am – 11.00pm Setiap hari (Tutup jika ada urusan)

Call / Wssap : 019 259 7885

 

Hitam Putih Check In Hotel

IMG_2484

Hai semua, Hitam ngan Putih dah start check in hotel..mama ngan papa cakap kiteorang kena duk hotel 5 hari sebab mama ngan papa nak g holidayyyyyyyy….tak aci la tak bawak kami sekali..Oppsss lupe la, hitam takleh ikut sebab hitam dah beranak, anak hitam ada tujuh ekor semuanya jadi putih kena temankan sihitam la…sedihhhh takleh jalan!

Meh la kawan-kawan semua duk kat Hotel ni, tak lama lagi dah nak sambut raya..check in kat hotel ni selesa leh kite kenal-kenal sesame kucing…hihihi

Kalau acik-acik semua nak hantar anak-anak kat sini boleh call/wssap no ni ye…0192597885, tempah hotel ni dua hari sebelom tau takut nanti ‘fullhouse’…

 

Welcome to Deli Delight

Hai Readers,

Kali ni saya nak bercerita skit tentang tempat makan yang diberi nama Deli Delight ni.Ianya terletak dalam Megamall Kuantan, dulu shooping mall ni kira paling ‘Top’ la kat Kuantan ni..

Okey berbalik pada topik asal, hampir tujuh tahun saya duduk di Balok,Kuantan tapi hanya dua,tiga kali je makan kat sini.Last makan time ‘meeting’ hari tu.Tapi apa yang best kat sini korang kena try mee kari die..meletop! Harganya jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan Oldtown..hahaha

Kepada korang yang tak pernah cuba makan kat sini boleh la try..

Makanan Kucing Royal Canin

1) KITTEN 36

kitten-36

  • Untuk pertumbuhan otak dan tulang anak kucing yang berumur dalam lingkungan 4-12 bulan
  • Mengandungi antioksida dan amno-oligos-scaaharides yang membantu menyokong pertahanan semulajadi anak kucing
  • Mengandungi protein L.I.P yang tinggi untuk mengurangkan bau najis
  • Sangat hadam protein untuk keselamatan pencernaan

 

2) INDOOR 27

indoor-27

  • Khas untuk kucing yang selalu duduk  rumah
  • Untuk kucing yang berumur 1 – 10 tahun
  • Mengurangkan bau najis sehingga 60%
  • Membantu mengekalkan berat ideal dengan bekalan kalori yang sederhana dan L-Carnitine yang membantu menggerakkan ‘Fat – Store’

 

3) PERSIAN 30

persian-30

  • Untuk kucing Parsi yang berusia 12 bulan keatas
  • Membantu mencantikkan kulit/bulu – bersinar, lembut dan warna yang cantik
  • Membantu mengurangkan Hairball dengan kombinasi gentian (fiber)
  • Sangat hadam protein untuk keselamatan pencernaan
  • Mengandungi Almond 11

 

4) HAIR N SKIN 33

hair-and-skin-33

  • Mengandungi nutrient yang baik untuk kulit yang sihat dan bulu yang bersinar
  • Mengandungi soya, minyak baroge dan minyak ikan yang baik untuk kulit dan bulu
  • Mengandungi gabungan asid amino, vitamin B dan zink

 

5) FIT 32

fit-32

  • Untuk kucing dewasa sederhana aktif yang berusia  1-10 tahun
  • Mengandungi diet yang lengkap dan seimbang daripada 52 nutrien
  • Kandungan kalori yang lebih rendah, sangat sesuai untuk kucing yang kurang bersenam
  • Mengandungi Non-Fermentable fibres dan beet plup

 

6) BABY CAT 34babycat-34

  • Untuk anak kucing bercerai susu + usia dalam lingkungan 1-4 bulan
  • Mengandungi antioksida dan amno-oligos-scaaharides yang membantu menyokong pertahanan semulajadi anak kucing
  • Sangat hadam protein untuk keselamatan pencernaan
  • Membantu memudahkan peralihan kepada makanan pejal
  • Teksturnya yang halus sangat sesuai untuk gigi susu anak kucing

Cat Adoption

 

Assalamualaikum…

Kepada sesiapa yang berminat  untuk adop anak-anak kucing ni sekali dengan ibunya boleh datang ke kedai  atau call/wssap no yang tertera di Kedai Online kami.

Details :

  • Ibu kucing warna Calico
  • 4 ekor anak yang gebu, gemuk dan comel
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik
  • Jantina baby masih belum diketahui…masih kecil.
  • Umo baby dalam 2 minggu

Lokasi kedai : No.8 Lot 1276, Mukim Balok Jalan Pantai, 26100 Balok, Kuantan, Pahang.

Rebah itu biasa..dulu TIDAK sekarang BIASA!

rebah

Rebah itu adalah suatu perjalanan buat manusia. Ada yang bertanya pada saya, mengapa mesti setiap manusia itu rasa rebah? Rebah itu sakit. Kenapa Tuhan itu jadikan dugaan dan cabaran dunia hingga menjadikan seseorang manusia itu bisa jadi rebah? Adakah Tuhan itu tidak cukup sayang kita?

  • REBAH ITU UMPAMA UBAT

Rebah itu boleh dijadikan sebagai dua hal. Satunya dia akan buat kau makin jauh dengan dunia. Buat kau rasa seolah kau ini tidak berguna, itu ini dan segalanya kurang mengenai kau. Tapi yang keduanya, rebah itu menjadikan kau seorang manusia yang lebih baik. Yang banyak belajar dari silap dan rasa kecewanya hati dengan permainan dunia. Seperti yang aku sering kata, manusia itu sentiasa punya pilihan dan kaulah pengatur kehidupan kau sama ada kau mahu lihat dugaan itu semakin menjatuhkan, atau semakin menaikkan kau.

  • TUHAN SENTIASA SAYANG

Aku pernah terdengar satu perbualan dengan orang yang pandai-pandai. Beliau berkata, kerana Allah sayanglah Allah duga. Allah tahu kau mampu lawan dan bangkit semula daripada dugaan yang dia beri. Allah itu Maha Mengetahui, Dia mengetahui segalanya. Jadi jangan kau persoal apa yang dia berikan buat kau. Daripada kau sibuk mempersoal dia, kau sepatutnya harus fikir.

Bagaimana kau boleh jadi lebih baik/bangkit selepas diduga?

  • DUGAAN ITU ANUGERAH

Yang menariknya tentang dugaan adalah, apabila kau memutuskan untuk tidak mengalah dan terus bangkit semula melawan, kau akan diberikan kesudahan yang membahagiakan. Di setiap pengakhiran cerita seorang manusia, penamatnya pasti “Happy Ending“, selagi kau belum capai “Happy Ending” kau, selagi itu kau harus lawan dan lawan hingga kau kecapi bahagia yang kau cari. Hey, semua manusia layak untuk bahagia. Kau juga tergolong dalam golongan itu.

  • KUNCINYA ADALAH, JANGAN MENGALAH LAH WOI

Aku pernah diduga pelbagai. Ya, hati aku bagai dirobek. Setiap malam aku pasti akan duduk di kerusi aku, dan terfikir untuk mahu mengalah dan lepaskan segalanya. Tapi aku terfikir semula,

  • Adakah aku layak sebegini?

  • Adakah aku hanya layak bahagia setakat ini?

  • Adakah aku dilahirkan untuk sentiasa berada di bawah?

  • Adakah aku hanya boleh lihat orang lain bahagia sahaja?

Jawapannya tetap tidak. Manusia itu tiada limitasinya. Maksudnya jika kau usaha, kau pasti peroleh yang baik-baik (dengan izin Allah), lagi-lagi apabila usaha kau itu diselitkan sekali dengan permohonan doa yang banyak daripada seorang hamba buat penciptanya. Mengapa kau harus mengalah? Sedangkan manusia sekeliling kau sibuk ketawa dan bahagia dengan pilihan hatinya? Mengapa mereka boleh berjaya? Kerana apabila mereka diduga, mereka tidak memilih untuk berhenti dan mengalah. Mereka terus lawan dan cari penyelesaian bagi dugaan yang dia tanggung.

  • WARNA-WARNI KEHIDUPAN

Apabila kau lihat semula, dugaan itulah yang mematangkan kau, membuatkan kau lebih tegas dalam kehidupan dan yang lebih seronok, buat kau lebih bergantung harap pada Allah yang mencipta. Hidup tanpa dugaan, kau akan sentiasa jadi manusia lembik buat selamanya. Jangan jadi lembik. Walaupun kau tak kuat, kau kutip segala sisa yang masih ada di lantai, kau cantumkannya perlahan-perlahan dan teruskan berjalan kedepan.

Kau mahu bahagia, kau pilih dan tanya diri sendiri..

Adakah aku mahu sebegini selamanya?