Rebah itu biasa..dulu TIDAK sekarang BIASA!

rebah

Rebah itu adalah suatu perjalanan buat manusia. Ada yang bertanya pada saya, mengapa mesti setiap manusia itu rasa rebah? Rebah itu sakit. Kenapa Tuhan itu jadikan dugaan dan cabaran dunia hingga menjadikan seseorang manusia itu bisa jadi rebah? Adakah Tuhan itu tidak cukup sayang kita?

  • REBAH ITU UMPAMA UBAT

Rebah itu boleh dijadikan sebagai dua hal. Satunya dia akan buat kau makin jauh dengan dunia. Buat kau rasa seolah kau ini tidak berguna, itu ini dan segalanya kurang mengenai kau. Tapi yang keduanya, rebah itu menjadikan kau seorang manusia yang lebih baik. Yang banyak belajar dari silap dan rasa kecewanya hati dengan permainan dunia. Seperti yang aku sering kata, manusia itu sentiasa punya pilihan dan kaulah pengatur kehidupan kau sama ada kau mahu lihat dugaan itu semakin menjatuhkan, atau semakin menaikkan kau.

  • TUHAN SENTIASA SAYANG

Aku pernah terdengar satu perbualan dengan orang yang pandai-pandai. Beliau berkata, kerana Allah sayanglah Allah duga. Allah tahu kau mampu lawan dan bangkit semula daripada dugaan yang dia beri. Allah itu Maha Mengetahui, Dia mengetahui segalanya. Jadi jangan kau persoal apa yang dia berikan buat kau. Daripada kau sibuk mempersoal dia, kau sepatutnya harus fikir.

Bagaimana kau boleh jadi lebih baik/bangkit selepas diduga?

  • DUGAAN ITU ANUGERAH

Yang menariknya tentang dugaan adalah, apabila kau memutuskan untuk tidak mengalah dan terus bangkit semula melawan, kau akan diberikan kesudahan yang membahagiakan. Di setiap pengakhiran cerita seorang manusia, penamatnya pasti “Happy Ending“, selagi kau belum capai “Happy Ending” kau, selagi itu kau harus lawan dan lawan hingga kau kecapi bahagia yang kau cari. Hey, semua manusia layak untuk bahagia. Kau juga tergolong dalam golongan itu.

  • KUNCINYA ADALAH, JANGAN MENGALAH LAH WOI

Aku pernah diduga pelbagai. Ya, hati aku bagai dirobek. Setiap malam aku pasti akan duduk di kerusi aku, dan terfikir untuk mahu mengalah dan lepaskan segalanya. Tapi aku terfikir semula,

  • Adakah aku layak sebegini?

  • Adakah aku hanya layak bahagia setakat ini?

  • Adakah aku dilahirkan untuk sentiasa berada di bawah?

  • Adakah aku hanya boleh lihat orang lain bahagia sahaja?

Jawapannya tetap tidak. Manusia itu tiada limitasinya. Maksudnya jika kau usaha, kau pasti peroleh yang baik-baik (dengan izin Allah), lagi-lagi apabila usaha kau itu diselitkan sekali dengan permohonan doa yang banyak daripada seorang hamba buat penciptanya. Mengapa kau harus mengalah? Sedangkan manusia sekeliling kau sibuk ketawa dan bahagia dengan pilihan hatinya? Mengapa mereka boleh berjaya? Kerana apabila mereka diduga, mereka tidak memilih untuk berhenti dan mengalah. Mereka terus lawan dan cari penyelesaian bagi dugaan yang dia tanggung.

  • WARNA-WARNI KEHIDUPAN

Apabila kau lihat semula, dugaan itulah yang mematangkan kau, membuatkan kau lebih tegas dalam kehidupan dan yang lebih seronok, buat kau lebih bergantung harap pada Allah yang mencipta. Hidup tanpa dugaan, kau akan sentiasa jadi manusia lembik buat selamanya. Jangan jadi lembik. Walaupun kau tak kuat, kau kutip segala sisa yang masih ada di lantai, kau cantumkannya perlahan-perlahan dan teruskan berjalan kedepan.

Kau mahu bahagia, kau pilih dan tanya diri sendiri..

Adakah aku mahu sebegini selamanya?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s