Welcome to Deli Delight

Hai Readers,

Kali ni saya nak bercerita skit tentang tempat makan yang diberi nama Deli Delight ni.Ianya terletak dalam Megamall Kuantan, dulu shooping mall ni kira paling ‘Top’ la kat Kuantan ni..

Okey berbalik pada topik asal, hampir tujuh tahun saya duduk di Balok,Kuantan tapi hanya dua,tiga kali je makan kat sini.Last makan time ‘meeting’ hari tu.Tapi apa yang best kat sini korang kena try mee kari die..meletop! Harganya jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan Oldtown..hahaha

Kepada korang yang tak pernah cuba makan kat sini boleh la try..

Rebah itu biasa..dulu TIDAK sekarang BIASA!

rebah

Rebah itu adalah suatu perjalanan buat manusia. Ada yang bertanya pada saya, mengapa mesti setiap manusia itu rasa rebah? Rebah itu sakit. Kenapa Tuhan itu jadikan dugaan dan cabaran dunia hingga menjadikan seseorang manusia itu bisa jadi rebah? Adakah Tuhan itu tidak cukup sayang kita?

  • REBAH ITU UMPAMA UBAT

Rebah itu boleh dijadikan sebagai dua hal. Satunya dia akan buat kau makin jauh dengan dunia. Buat kau rasa seolah kau ini tidak berguna, itu ini dan segalanya kurang mengenai kau. Tapi yang keduanya, rebah itu menjadikan kau seorang manusia yang lebih baik. Yang banyak belajar dari silap dan rasa kecewanya hati dengan permainan dunia. Seperti yang aku sering kata, manusia itu sentiasa punya pilihan dan kaulah pengatur kehidupan kau sama ada kau mahu lihat dugaan itu semakin menjatuhkan, atau semakin menaikkan kau.

  • TUHAN SENTIASA SAYANG

Aku pernah terdengar satu perbualan dengan orang yang pandai-pandai. Beliau berkata, kerana Allah sayanglah Allah duga. Allah tahu kau mampu lawan dan bangkit semula daripada dugaan yang dia beri. Allah itu Maha Mengetahui, Dia mengetahui segalanya. Jadi jangan kau persoal apa yang dia berikan buat kau. Daripada kau sibuk mempersoal dia, kau sepatutnya harus fikir.

Bagaimana kau boleh jadi lebih baik/bangkit selepas diduga?

  • DUGAAN ITU ANUGERAH

Yang menariknya tentang dugaan adalah, apabila kau memutuskan untuk tidak mengalah dan terus bangkit semula melawan, kau akan diberikan kesudahan yang membahagiakan. Di setiap pengakhiran cerita seorang manusia, penamatnya pasti “Happy Ending“, selagi kau belum capai “Happy Ending” kau, selagi itu kau harus lawan dan lawan hingga kau kecapi bahagia yang kau cari. Hey, semua manusia layak untuk bahagia. Kau juga tergolong dalam golongan itu.

  • KUNCINYA ADALAH, JANGAN MENGALAH LAH WOI

Aku pernah diduga pelbagai. Ya, hati aku bagai dirobek. Setiap malam aku pasti akan duduk di kerusi aku, dan terfikir untuk mahu mengalah dan lepaskan segalanya. Tapi aku terfikir semula,

  • Adakah aku layak sebegini?

  • Adakah aku hanya layak bahagia setakat ini?

  • Adakah aku dilahirkan untuk sentiasa berada di bawah?

  • Adakah aku hanya boleh lihat orang lain bahagia sahaja?

Jawapannya tetap tidak. Manusia itu tiada limitasinya. Maksudnya jika kau usaha, kau pasti peroleh yang baik-baik (dengan izin Allah), lagi-lagi apabila usaha kau itu diselitkan sekali dengan permohonan doa yang banyak daripada seorang hamba buat penciptanya. Mengapa kau harus mengalah? Sedangkan manusia sekeliling kau sibuk ketawa dan bahagia dengan pilihan hatinya? Mengapa mereka boleh berjaya? Kerana apabila mereka diduga, mereka tidak memilih untuk berhenti dan mengalah. Mereka terus lawan dan cari penyelesaian bagi dugaan yang dia tanggung.

  • WARNA-WARNI KEHIDUPAN

Apabila kau lihat semula, dugaan itulah yang mematangkan kau, membuatkan kau lebih tegas dalam kehidupan dan yang lebih seronok, buat kau lebih bergantung harap pada Allah yang mencipta. Hidup tanpa dugaan, kau akan sentiasa jadi manusia lembik buat selamanya. Jangan jadi lembik. Walaupun kau tak kuat, kau kutip segala sisa yang masih ada di lantai, kau cantumkannya perlahan-perlahan dan teruskan berjalan kedepan.

Kau mahu bahagia, kau pilih dan tanya diri sendiri..

Adakah aku mahu sebegini selamanya?

Cuba baik..

Apa yang aku cuba lakukan ialah, 
cuba menjadi baik.

Aku bukan manusia yang baik-baik.
Tapi jauh di dalam hati ini,
Si putih sibuk berlawan dengan si hitam.
Dan aku harapkan si putih yang menang.

Perlawanan ini banyak si hitam yang menang dahulu.
Hati muda, jiwa membara. 
Memang mudah terbawa-bawa.

Aku banyak berdosa.
Semua banyak berdosa.
Cuma aku minta Allah maafkan aku.
Serta keluarga dosa aku.
Diatas kelalaian aku.
Dan kelalaian mereka juga.
Kerana aku tahu Allah Maha Pemaaf.
Dan menerima taubat hambanya.

Jauh didalam hati ini, 
Aku cuba menjadi orang baik.
Kerana aku dikelilingi orang baik-baik.
Dan melihat mereka hidup semakin baik, 
Buatkan aku ingin jadi seperti mereka.
Hati sentiasa tenang. 
Dan sentiasa percayakan Allah disisi mereka.

Insyallah.
Permudahkan segala urusan aku Ya Allah.

Apa yang aku cuba lakukan ialah, 
cuba menjadi baik.

Aku bukan manusia yang baik-baik.
Tapi jauh di dalam hati ini,
Si putih sibuk berlawan dengan si hitam.
Dan aku harapkan si putih yang menang.

Perlawanan ini banyak si hitam yang menang dahulu.
Hati muda, jiwa membara. 
Memang mudah terbawa-bawa.

Aku banyak berdosa.
Semua banyak berdosa.
Cuma aku minta Allah maafkan aku.
Serta keluarga dosa aku.
Diatas kelalaian aku.
Dan kelalaian mereka juga.
Kerana aku tahu Allah Maha Pemaaf.
Dan menerima taubat hambanya.

Jauh didalam hati ini, 
Aku cuba menjadi orang baik.
Kerana aku dikelilingi orang baik-baik.
Dan melihat mereka hidup semakin baik, 
Buatkan aku ingin jadi seperti mereka.
Hati sentiasa tenang. 
Dan sentiasa percayakan Allah disisi mereka.

Insyallah.
Permudahkan segala urusan aku Ya Allah.

LumieOfficial

IMG_2451

 

Saya merupakan seorang penulis blog yang masih belajar cara menulis blog dengan lebih baik, saya juga seorang  pekerja dan  seorang peniaga. Saya lebih dikenali sebagai ‘Peniaga’ di media social facebook. Dulunya saya merupakan seorang QC dalam bidang Oil & Gas.Minat dalam dunia blogging sejak dari dulu, cuba ‘create’ blog sendiri  bagi memudahkan saya bercerita  dan majukan diri tanpa perlu fikirkan tentang orang lain lagi.

(Boleh klik Menu Blogger utk baca sebarang update)

Jika ada sebarang pertanyaan ataupun ingin berhubung dengan saya atas urusan kerja ataupun sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya melalui media sosial facebook saya https://www.facebook.com/iamlumie ataupun boleh terus call @ wssap nombor yang tertera di Kedai Online saya. Terima kasih kerana sudi membaca.